CARA MENDAPAT KEBERKATAN ILMU
Untuk mendapatkan “Role Model” yang mampu merapati imej generasi al-Quran dewasa ini bukanlah mudah, apatah lagi untuk mendapatkan individu yang mampu menjelmakan ilmu serta jatidiri berteraskan al- Quran dan as-Sunnah.
KITA adalah “Pakar motivasi untuk diri kita”. Ilmu akan kekal pada hati-hati yang tiada dosa. Lazimnya, kita memang mudah
mendapati dan mcmahami ilmu tetapi amat mudah lupa ilmu yang kita sudah pelajari. Sifat lupa sinonim dalam kehidupan kita, ia adalah perkara biasa bagi manusia yang mempunyai akal. Kesilapan ini boleh dimaafkan dan boleh diusahakan untuk
memulihkannya dan memperbaikinya. Salah satu faktor penting yang menyebabkan ilmu susah lekat di hati kita ialah tiada keberkatan dalam ilmu.

Kami warga SKEP sedikit sebanyak dapat mengenal pasti bagaimana cara yang terbaik untuk mencari keberkatan ilmu.
1) Niat belajar kerana Allah s.w.t. Betulkan semula niat belajar untuk menjadi yang terbaik.
2) Sentiasa doakan ibubapa, guru-guru, rakan-rakan dan diri sendiri.
3) Berjumpa kembali guru-guru yang telah mengajar kita dan ucapkan terima kasih kerana mengajar, minta maaf dari mereka dan maafkan mereka, minta mereka halalkan ilmu yang telah diajar.
4) Jaga ibadah setiap masa sama ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
5) Bersih dan cuci hati untuk terangkan hati dengan melakukan amalan-amalan mulia seperti solat sunat, solat taubat setiap hari, membaca al-Quran setiap hari, istighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari, maafkan semua orang, kekalkan wuduk semasa belajar, jaga kesihatan serta makan dan minum dan doa ilmu lekat dalam hati sehingga mati dan berdoalah dengan doa mula belajar dan selepas belajar.
6) Tawakkal kepada Allah s.w.t untuk berusaha dan selepas berusaha, bertawakkallah.
Semoga para pembaca berjaya dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbilalamin.

Your writing just so good.. I really adore you.. Fighting!!!
ReplyDeleteTq for sharing 😊
ReplyDeleteYour writing is so good. I love to read it. Keep sharing Friend!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood sharing 👍
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethnks sharing sahabt
ReplyDeleteHuish...sangat bermanfaat...ty..😍
ReplyDelete